Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka menyelamatkan lapan beradik termasuk seorang bayi yang baru dua minggu dilahirkan selepas kedua ibu bapa mereka ditahan dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Ibu bapa kanak-kanak dan remaja terbabit ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Rambai di sini dalam operasi diketuai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, semalam.
Pengarah JKM Melaka, Burhanuddin Bachik berkata tujuh beradik yang lain termasuk lima kanak-kanak berusia antara 1 dan 15 tahun diselamatkan apabila ujian urin terhadap ibu dan bapa mereka berusia 39 dan 42 tahun didapati positif dadah.
"Kesemua mereka terdiri daripada 10 beradik namun ketika serbuan itu dijalankan, dua lagi anak pasangan terbabit berusia 14 dan 17 tahun tiada di rumah.
"Seramai lapan orang kanak-kanak terbabit akan dibawa ke mahkamah pada esok hari untuk mendapatkan perintah jagaan sementara di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan) 2016 di institusi JKM," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, operasi yang bermula kira-kira jam 8 malam dan berakhir sembilan jam kemudian itu turut disertai anggota dari Balai Polis Batang Tiga dan sebuah NGO, Kelab Mencari Keberkatan (KMK).
Dalam pada itu, aduan mengenai keluarga terbabit diterima KMK daripada penduduk setempat yang mendakwa kesemua kanak-kanak itu hidup di dalam keadaan tidak terurus dan serba daif.
Pengerusi KMK, Azie Izhar berkata lapan beradik itu dilaporkan tidak bersekolah sejak awal tahun ini malah keluarga terbabit dikatakan sering berpindah randah di beberapa lokasi sekitar negeri ini.
"Lebih menyayat hati apabila mereka juga mendakwa sering makan nasi goreng kosong dengan garam malah anak yang kecil tidak diberikan susu seperti sepatutnya.
Ibu mereka dikatakan tidak bekerja manakala ayah bekerja sebagai penjual ikan," katanya.
Sinar Harian
Sun Jul 28 2019
Bayi berusia dua minggu milik pasangan terbabit. -Foto Sinar Harian
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Dua ditahan cuba seludup ganja berhampiran pusat beli belah di Padang Besar
Dua ditahan selepas polis merampas lima kilogram ketulan mampat ganja di hadapan sebuah pusat membeli belah berhampiran ICQ Padang Besar.
Inspektor, tujuh pegawai rendah polis ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Kesemua individu berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan susulan laporan yang diterima pada 9.32 malam, Isnin lepas.
Tembak mati isteri: Lans Koperal direman tujuh hari
Perintah reman terpaksa dilakukan di Hospital Tuanku Fauziah berikutan suspek dirawat dan bakal menjalani pemeriksaan psikiatri.
Lelaki miliki dadah, senapang angin ditahan
Pemeriksaan ke atas lelaki berusia 27 tahun sekitar jam 1.30 petang itu turut menemui dadah jenis syabu seberat 0.2 gram.
Bilik siasatan jenayah narkotik IPD Timur Laut terbakar
Sebuah bilik di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di Georgetown Pulau Pinang dilaporkan terbakar pada pagi Isnin.
Tokan dadah agresif cuba lolos dari serbuan
Seorang lelaki dipercayai tokan dadah ditahan sewaktu sedang menunggu pelanggan di tepi jalan di Kampung Mata Ayer dekat Langkawi, awal pagi Jumaat.
Mak ayah terlibat dadah, 8 anak tak terurus
Kesemua mereka terdiri daripada 10 beradik, namun ketika serbuan itu dijalankan, dua lagi anak pasangan terbabit berusia 14 dan 17 tahun tiada di rumah.
45 individu ditahan terlibat dadah sekitar ibu kota
Babitkan kawasan Chow Kit, Tiong Nam, Bukit Bintang, Pudu dan San Peng.
Leka berpesta liar, lima pelajar sekolah ditahan
Keseronokan 22 individu termasuk lima remaja bawah umur berpesta liar di sebuah pangsapuri dekat Persiaran Bukit Gambir, Gelugor, Pulau Pinang terbantut apabila mereka ditahan polis pagi Rabu.
Polis serbu makmal, rampas dadah RM25,000
Kedua-dua suspek ditahan selepas berlaku pergelutan antara mereka dan polis semasa cubaan untuk melarikan diri.